Monday, February 23, 2009

underworld 1 & 2

semalam,
aku tidor pukul 3 pg.sebab aku layan dvd citer underworld 1 & 2.
aku dah tgk yg no 3,so aku kurang paham pasal no 3.

so dengan bantuan kawan aku,kak jemy husin,die berjaya menyelongkar koleksi dvd2nya.

masalah aku ialah,aku x bleh bersabar nak tgk dvd tu semlm.. dah seminggu dvd tu ade kat umah aku..mase hari sabtu aku x nak plak tgk...aku sanggup tidor lewat,sedangkan aku tau,esok pagi nak bangun g kerja...

block leave

adelah dimaklumkan,
aku akan block leave bermula 6/3 sehingga 13/3/09 kerana aku dah xder mood nak kerja sekarang.mood aku adelah tidor,makan,tidor,mkn...

so,plan aku mase cuti ni ...
  1. aku nak menjahit baju kerja.sebab klu ikot susunan baju diary aku,baju aku bleh pusing smpai 2 bulan,tp aku rase, dah 2 miggu aku asyik pakai baju yg sama jer.malasnyer nak gunting kain.....
  2. nak siapkan jahit tudung ala2 ekin yg makcik aku suruh buat.malasnyer.........
  3. nak settlekan tempahan jahit manik kawan2 n makcik aku.penatnyer...
  4. nak ngadap pc ,nak update blog,boring nyer....
  5. nak try buat kesari,apam beras,kuih loyang....kek tanpa butter...ngantuknyer......

aku rase hasilnya,aku x buat 1 pun yg aku plan kat atas ni.......

bengang ngan partner kerja,ABD

aku malas la nak taip byk 2 .ni la triloginya

  1. aku ckp psl aku x suka winner my starz lg sebb die mengedik.nak tiru tatiana american idol.
  2. die ckp die pon x gemar.
  3. tup2 die angin sbb aku tanya psl aku nak confirm brg yg customer nak,1 je ke?
  4. dengan nada suara tinggi die jawab 2!!!!
  5. aku terasa /tersentak .sebab die x pernah buat mcm ni.
  6. aku diam jer la. dan aku pikir ,salah ke aku nakkan confirmation jer psl barang tu?
  7. die start diam.....
  8. aku start diam n ator sms ke semua kawan2 mkn aku,jgn call ext,ape2 miskol jer n aku akan returned call thru ext diorg.
  9. aku bt mcm tu sbb die tukang angkat tepon kang x psl2 kawan aku plak kene marah.
  10. ke diaman tu berlangsung smpai petang.
  11. aku dah set,klu die mulakan perbualan,maksudnya aku layan jer.
  12. tp klu die berdiam durjana,aku bt bodoh jer la.
  13. so,drama ni aku nak tgk esok,ada episod lg ke, atau x.

Friday, February 20, 2009

jessica menangis??????

hari ni aku lunch 3 org .,same ngan az,rozie.
az bukak citer die bengang ngan the J's n WF.
WF ni bos kepada AZ n Rozie.

dalam az tgh buat luahan perasaan tu,die cakap Jennifer menangis jumaat lepas sebab cuti die untuk hari isnin bos aku,En.R x approvekan.
alasan bos aku,En.R ialah die ade meeting n nak sent item to branches.so x cukup org nak cover counter.

bos aku ni pon satu,biar jer la c Jessica cuti.lagipun bukannya Jessica tu buat kerja pon.Kerja Jessica kat department aku tu kan ke lap punggung bos besar aku,M ngan air panas,pastu siap pasang aircond suhu 16 darjah celsius lg.

x der c Jessica pon kerja bleh jalan lg.
yg aku heran,macamane aku bleh x tau pasal ni?
padanhal ..aku kerja.
aku baru balik dari mc n e/l.

safi

disaat krim malam natasya aku habis,dan disebabkan aku x tau mane adik aku sorokkan night krim himalaya die,terpaksalah aku pkai beauty krim safi yg baru2 ni aku bli sbb nak try.

aku x bleh la tido tanpa pkai krim.muka aku akan berminyak keesokkan pgnya.
aku x suka tgk kulit muka aku sebegitu.

dah 2 mlm aku sapu beauty krim safi, hasilnya bintik2 merah tumbuh kat pipi n btg idung aku dah start merah2 n aku rase kulit merenyam.

maknenya dah terbuktilah yg aku, x der jodoh ngan safi.

sinetron intan

waduh...
aku skrg dah follow citer intan.
ni triloginya,
  • opah n makcik aku tgk mase aku lepak kat umah opah ,
  • makcik aku kat bkt beruntung citer psl intan ni kat opah aku.
  • mak aku terbabit tgk citer ni blah mlm ,mase die g lepak umah opah aku.
  • mak aku citer psl intan kat opah aku.
  • 4-4 beranak diatas ni bercerita psl intan mase kenduri bertunang sepupu aku(mcm penting giler la)
  • adik aku aishah,tgk sbb die masuk kerja lambat,so ade mase la tgk.
  • kawan opis aku rozie tanya psl citer intan ni.die kate mak die tgk,then die tpaksa lah tgk.
  • rozie kate die tgk citer ni asyik nak menyumpah jer.
  • adik aku, izu citer ,akak kat opis die asyik citer psl citer ni.
  • ayah aku plak,dsbbkan mak aku nak tgk,die pon tpaksa tgk,
  • sepupu aku yg kecik2 umur 3-6 thn pon layan gak citer ni.
  • adik aku,izu cuba tgk sbb die nak tau ape yg sedap sgt citer ni.
  • bila dah 4-4 org dlm family aku tgk,aku pon tgk gak lah citer ni.nak tau ape yg bestnyer.
  • ternyata citer ni aku kategorikan best2 bodoh.
  • yg terbaru aku bru dapat tau anak sedara aku yg umur 1 1/2 thn pon layan gak citer ni.
  • hr khamis,aku dapat tau makcik aku,yg tailor tu sekeluarga mmg follow citer ni dari 1st episod n die cadangkan aku tgk citer jelita lakonan agnes monica.die kate lagi best!!!
  • waduh...pening bangat ni.

the bold and the beautiful

semenjak x leh tido mlm ni ,n rachel ray show n martha stewart show pon dah x de kat ntv7,aku layan citer 'the bold and beautiful' tv2.

10 thn lepas aku mmg follow citer ni kat channel metrovision.pastu dah x kuar2 kat tv.ingat dah habis.rupenya wujud lg citer ni.
dah makin ngarut2.
  • bapak kawin ngan perempuan yg akhirnya perempuan itu jd menantunya.
  • menantu plak kawen ngan adik kepada x suaminya.
  • bapak bt hubungan sulit ngan mak x bini.
  • bapak kawen plak ngan adik x bini.

pening kepala tengok.tp pening2 pon aku layan jugaklah citer ni.sbb dah x tau nak tgk citer ape lg.

x bleh tido

dah 2-3 minggu ni aku ade masalah x bleh tidur.kadang2 smpai pukul 4 pon x de tanda2 aku ni mengantok.klu aku x tidor,mcmane nak kerja esoknya?
tp keesokan harinya,aku x ngantok langsung kat ofis.makin cergas adelah....
mak aku advice,klu x bleh tido,cuba bawak mandi.masalah aku,dah bawak mandi pon mata aku tetap mcm tu gak.segar bugar.

mula2 aku x amik serius,dr 2-3 hr je,rupa2nya dah 2-3 mggu.aku malas nak g jumpa doctor.so,aku mintak nasihat dari kawan aku bhulat,yg merupakan seorg nutrision,beautician,tvision and pharmacian..

so die advice aku ambil vitamin kalsium magnesium.untuk tulang.
and die suruh try susu untuk tulang,anlene dlm pek yg sedia untuk diminum.

so,petang tu gak kebetulan adik aku ajak g ampang point,so aku g beli kat giant.malam ,aku minom dlm pukul 1.00 pg sbb nak menunggu cerita sundel bolong kat astro.mata aku mase tu masih segar bugar lagi.

dalam pukul 1.30-2 aku dah start menguap.tapi d sebabkan nak tgk sgt citer seram tu,aku pakse gak bukak mata.las2, 2.30 teros aku terlelap.(sempat gak tgk citer tu smpai habis)

esok mlm dan dah masok 4 mlm,aku buat rutin minom susu sebelom tido,memang x smpai 1/2 jam,aku dah rase ngantok n tidor.
kirenya sejak dah 4 mlm minom susu tu,ade improvement sikitla tidor aku.tidor pon lena.

terima kasih bhulat and anlene kerana dah selesaikan masalah aku.

Wednesday, February 18, 2009

csi vegas new season (season 9 )

semalam,aku tgk csi vegas new season,sambungan ttg warrick brown yg ditembak kat kepala oleh timbalkan sheriff vegas, Mckeen.
aku sedih n sebak mase 10 minit pertama n terakhir episod tu.

yg paling aku sedih sebab semua kawan2 csi die,grimson,catherine,nick,greg n xpecially sara yg dah tinggalkan bidang csi,joint together to solve kes ni.

and for the 1st time aku tgk grimson menitiskan airmata mase majlis pengebumian warrick kat church.

n sape yg memang follow citer ni akan rase sedih sangat bila tgk saat2 tu.
aku tgk citer ni kat umah makcik aku kat selayang,klu aku tgk kat umah ,dlm bilik,konfem nangis.

Tuesday, February 17, 2009

appraisal

hr ni aku appraisal untuk 2008 punya.

bos aku cakap this year, point aku ok sgt dr lastyear.lastyear aku dapat point ckit jer.

tp aku x kisah.janji dapat bonus.ckit pon x per.dari akux dapat aper2.
tp yg pasti the J's pasti dapat point 10x ganda dari aku.sebab die kan staff yg perfect.

Friday, February 13, 2009

paksa diri

hr ni aku paksa diri datang ke ofis sbb aku x nak bos n kawan kerja aku ingat aku berlakon sakit.
ingat nak g klinik tp aku malas nak kesana.Last2 aku paksa diri gak g ofis.
dlm bas dah plan dlm kepala,ingat klu x ok,aku nak amik halfday emergency.

tup2 aku datang je ofis,bos aku kate,hari ni ade launching product baru.semalam dah start.

dalam hati aku cakap,klu aku tau hr ni ade launching,kompem aku amik mc.biar la The J's yg kononnya pekerja cemerlang buat kerja.

tp 2 la,x sampai hati aku tgk partner aku yg bersungguh2 buat kerja,yg the J's buat bangang jer.aku gagahkan jugak mengexplain kat customer yg datang walaupun bersuara garau n xder nafsu bekerja..

roti naan

semalam ptg,aku mcm teringin jer nak mkn roti naan.ntah nape tetibe jer terliur.

nak beli, kat area umah aku x de yg jual roti ni.klu aku buat,at least family aku pon dpt merase.xkan nak ikot tekak aku jer.

so aku surv cari resepi.jumpa n kebetulan,semua bahan mmg ade kat umah.buatlah nampak gayanya.

dah ulu semua bahan sampai lembut,aku bakar n jadiklah roti naan.lembut sangat.
aku buat 3 jenis,cheese,plain and garlic.dapatlah dlm 15 keping.

ayah aku mmg kurang makan ape yg aku masak,die jual mahal ckit.tp smlm die mkn byk gak.

n paling penting adik2 aku punya komen.diorg kate ok.lembut mcm kat kedai.

dan aku mmg tau punya klu kat umah,ape2 yg aku masak,sedap x sedap mmg habis punyalah.no problem.

Thursday, February 12, 2009

mc hari ni

aku sihat je tp suara lepas lunch semalam, dah bertukar jadi serak2 kering jer.malam,aku makan je la ubat batuk.sebab aku ade batuk cikit.



pg tadi g klinik.xlah aku harapkan dapat mc ker sebab bos aku cuti hari ni.kesian la dengan partner aku.aku sms bos aku pg tadi,klu x dapat mc,aku kerja macam biase.tup2 ,dapat mc.peti suara aku bengkak,so,doc arahkan aku jangan bersuara langsong 1 hari ni.mcm penyanyi la,kene rehatkan suara.

planning aku this year x nak amik mc langsong sebab aku nakkan certificate je.



semlm mase nak balik,The J's kate esok aku komfem mc.jangan kene jangkit dah la.pastu dieorg sebut perkataan yg aku cukup x gemar 'touch wood'.then diorg meraban cari kayu nak sentuh.dalam erti kata lain,takot mati.keranda kan diperbuat dari kayu.kononnya kalau sentuh kayu tu panjanglah umur diorang.aku cukup x gemar dengan perkataan tu.nak2 lagi org yg bercakap tu jessica,seorg islam.



aku bukannya pandai sangat pasal hal ehwal agama, tp mase belajar pendidikan agama islam kat sekolah dulu ustazah x pernah ajar perkataan ni untuk elakkan diri dari ajal.ajal maut kan ditangan allah,bukannya ditangankan kat kayu.



bangsa2 kafir je yg selalu guna ayat ni.2la,ikot sangat style jennifer yg bangsa makan benda haram tu...

Tuesday, February 10, 2009

gerhana bulan

malam tadi pukul 8.30, ahli astronault(mak aku ler) dah ingatkan malam ni ade gerhana bulan.start dari pukul 8.30 malam sampai 10.00 malam.

aku ngan ahli astranault memang suka dengan bende2 macam ni...so disebabkan dah x ujan sangat,kitorg lepak kat luar sambil melihat peredaran bulan sehingga menampakkan satu cahaya yg cantik sangat disekeliling bulan tu sambil tu gak tengok sekali bunga api sbb malam tadi kan dah chap go meh.

ahli astronault kate yg bewarne ke pelangian itulah bayang bumi .gerhana bulan kali ni akan menampakkan pembalikkan bayang2 bumi.

aku memang x faham lah macamane bleh terjadik tp aku berbangga dapat tengok kejadian allah tu dan bersyukur sangat diatas kebesaran ciptaan allah.

tibe2 aku teringat kes mase aku dalam darjah 4,astronault bg tau malam ni pukul 12 mlm ade gerhana matahari.aku ckp set.malam ni kite duduk luar.pukul 11.30,aku dah xcited sgt,siap bawak 2 kerusi dr ruang tamu ke laman rumah,sbb nak duduk ngadap bulan.ayah aku mmg x berape minat bende2 mcm ni tanye kitorg nak buat ape keluar malam2 ni..bile aku bg tau,teros die amik kunci rumah.die kunci aku n astronault kat luar.kitorg mmg x kisah,sbb nak tgk sgt.pastu ayah aku g tidor sambil die sorokkan kunci rumah tu bawah kusyen die tidor..pukul 1 pg,baru die bagi kitorg masuk.

Sunday, February 8, 2009

bizy la.g tawakal hospital

dah 2 hari ni aku ke tawakal hospital tengok sepupu aku umur 6 thn,harith. die buat operation masukkan balik usus besar dalam perut.
kesian aku tengok die.

doctor belah perut dia macam orang beranak.umi die ade tangkap gambar kesan belahan perut die.berdarah2 lagi mase tu.

lebih aku kesian lagi doctor cakap dalam mase 2 hari lepas operation x bleh minum setitik air pun.sebab nak keringkan air dalm perut.supaya luka dalam cepat sembuh.

kat sana aku kerap dengar die mintak air.die kate haus.die faham doctor x bagi minum,then die mintak umi die lap2kan air kat sekitar mulut die yg kering.

yelah,bayangkan kite yg dewase ni berpuase 12 jam pon dah haus ,inikan pulak budak umur 6 tahun yg x bleh minum 48 jam.

semalam doc kate die bleh minum tp hanya 1 auns setiap 3 jam.1 auns tu bersamaan 2 sudu besar jer.
semalam die dah mula buang air besar secara normal.n die dah boleh jalan sikit2 sebab dah 3 hari die telantar atas katil.doc suruh die kerap berjalan untuk melancarkan peredaran darah.

Friday, February 6, 2009

jessica kegerunan....

hari ni kat ofis aku ade lion dance.dan aku sudah semestinya tau yg aku x berkesempatan nak tengok lion dance tu macam tiap2 tahun sebab atas komitmen kerja.aku pun tau kerja aku macamana n x ralat la kalau x tengok.dan aku tau,jessica n jennifer pasti x nak lepaskan sesaatpun tgk lion dance walaupun hari ni hari jumaat.dan dah pastinya die tahu yg orang2 lelaki kaunter nak pergi sembahyang.

bos aku dah call n remind the J's,tengok jangan lame2 nanti nak cover atas.
ok.tunggu punya tggu,dah pon pukul 12.10,the J's x naik2.bos aku call hp n tanye diorang kat mane.Diorg pickup hp tp disebabkan bising agaknya ,diorg ckp x dengar.
ok.aku bleh terimalah alasan tu tp tidakkah the J's sebagai seorang pekerja yg kononnya kerja macam org gila kat ofis sedar,mane yg lebih penting?kerja atau lion dance tu?

bos aku nampak mcm bengang.then die arahkan aku tutup awal sebab x de orang nak cover.

after lunch,
the J's naik dengan muka mcm berdebar2.yg nampak ketara sekali jessica.mcm ayam nak kene sembelih.ye ...die takut bos aku sembelih die.yg jennifer plak pon muka kalau dah bangsa makan benda haram ni,mcm bende yg haram tu jugaklah muka die.

dari pukul 2 sampai pukul 2.20,sepatah perkataan pon x cakap dengan aku.aku,klu org x nak cakap ape2,aku diam jer la.

jam dah pukul 2.10,
diorg cakap berbisik2,tapi aku dapat tangkap ape yg diorg bisikkan.Jessica takot dapat surat warning.Jennifer cakap dengan kuatnya dengan motif supaya aku dengar

'what for u nak takot?if i berani buat,i beranilah tanggung..so,you nak buat ape?if u takot sangat,u cakap je la dengan bos besar!!habis tu you nak bawak pergi union?suruh tukar time lain?senang aje.bende ni kalau u x discuss, next year pon jadi lagi..every year will be the same..same mcm u buat mggu ni,minggu depan pon jadi lagi...!!!"


Jessica ni malu agaknya sebab dah menampakkan kelemahan die dek kawan die sound depan aku, teros terfikir kate "i turun dulu lah,bawah x de sape cover..."

jennifer kate turunlah.teros jessica turun.x lama lepas tu bos aku naik.
Jennifer buat muka mcm die yg paling hebat kat kaunter,yg paling the best customer servicelah.aku faham kenapa die buat mcm tu,die nak bos aku hilang fokus untuk tidak tanya pasal kes before lunch tadi..

bos aku x tanye ape2 pon,xper lagipun appraisal dah dekat.

Thursday, February 5, 2009

underworld: rise of the lycan

hari ni aku g tengok wayang kat tgv klcc citer UNDERWORLD : RISE OF THE LYCAN.

aku x berape minat sangat tgk citer2 mcm ni tapi disebabkan makcik aku nak belanje tgk wayang,n dah x de choice citer lain,so pilih je la citer ni.

so, aku rate ok2 jelah citer ni sebab dlm citer tu
  1. hero die x macho!!! (so x meninggalkan kesan mendalam kat dalam fikiran aku)
  2. filem tu x borink and padat dengan cerita.
  3. aku rase bibir heroin tu seksi
  4. and aku rase aku kene tengok underworld part 1 & 2 baru aku bleh faham citer ni

aku rase penerbit filem ni kene tukar pelakon untuk jd hero citer ni sebab pelakon ni x glamer langsung.at least carik la yg ade gaye2 hero ckit walaupun rupe x de.

aku rase pelakon yg boleh ganti watak pelakon x macho ni,

  1. clive owen
  2. wentworth miller
  3. van diesel
  4. hugh jackman

aku rase kawan aku bhulat pon setuju .

Wednesday, February 4, 2009

stop product safi

aku baru jer berangan2 nak kulit aku back to normal.
the bad new,aku baru je stop guna safi setelah 4 hari try.

semalam pg,muka aku terutama dibahagian pipi n batang idung dipenuhi bintik2 merah mcm ruam2.tp aku x endahkan.

masukje dalam kol 11 pg,tetibe aku rase muka aku merenyam.memang gatal sangat.pas2 aku tgk cermin,bintik2 merah tu bertambah merah dari yg aku tengok blah pagi. aku letakla minyak cap kapak.baru lega sikit.

malam je aku tengok bintik2 merah ade lagi.macam nak membiak plak.teros aku sapu krim malam natasya.

pg ni aku bangun tgk masih ade bintik2 merah tapi samar2 je lah.tp under ok lagi dari semalam.
ni sekarang aku tgk bintik merah dah hilang.

so, aku pakaila balik natasya bt sementara waktu ni.

Monday, February 2, 2009

malas kerja

bosannye nak kerja esok...
macam x caye jer dah 3 hari duduk rumah tanpa melakukan kerja yg berfaedah.
plan hari jumaat mgu lepas...,cuti 3 hari ni ...
  1. nak kumpulkan baju2 yg aku x pakai langsung sebab nak sedekahkan kat anak yatim.
  2. nak jahit baju kerja.sebab aku tengok dalam diari,asyik pakai baju yg same jer untuk sebulan ni.
  3. nak kemas bilik/mengecat.

semua yg d list kat atas,aku x buat...

aku x de mood .mood aku ni nak tido n memblogging je.

esok dah stat nak kene mengadap muke2 yg dah balik bekerja kat ofis.telinga aku ni pun dah siap sedia nak dengar cerita sehari suntuk borak dari jessica an jennifer.yelah sepanjang mggu lepas x jumpe.....

esok gak aku kembali sibuk macam biase menjawab persoalan2 harian dari org yg datang.bende yg sama setiap hari aku punya jawapan "form lama bleh pakai sampai bulan 4...."

tensyennyer..........

tudung ekin


semalam aku buat tudung ekin dalam 3 pasang.bleh la untuk pakai sendiri.

beli kat luar x memenuhi citerase aku .yelah kadang2 yg bahagian keras tu pendek.jadi menampakkan lagi bulat muka aku ni.
at least dengan tudung buatan sendiri ni bleh lah aku nak adjustkan pengeras tu supaya muka aku nampak kecik sikit dari realitinya.

malam tadi aku memprojekkan tudung tu sampai pukul 2 pagi.selalunya tudung tu diperbuat dari kain bergetah,semalam mak aku bg idea suruh try guna kain cottan untuk buat tudung ekin tu.mula2 aku pikir nak nak buat.tp hati aku cakap ape salah nya mencuba.lagipun stok kain2 koleksi mak and aku pun banyak.

maka terjadilah tudung ekin yg diperbuat dari kain cotton.

sebelum tu aku pernah buat 2 tudung ikin.aku dapat idea untuk buat tdg ni dari kain tudung bawal n adik beradik tudung corak2 yg aku kategorikan antara kain tudung yg sukar dibentuk.
menjadi tp buat2 x pakai.

Sunday, February 1, 2009

muffin coklat tanpa telur


choclate muffin tanpa telor n butter ni aku try dari web myresipi.

sedap n moist.

tapi kurang dapat sambutan kat umah la sebab aku letak choclate chip.
so bile adunan d bakar,coklat chip tu jadi mcm hangus.tp tekak aku kate ok jer.
x sedap2 pun ini je yg tinggal.